Premium build daripada team AR khas untuk pembeli android box dan juga donator yang memberi sumbangan untuk maintenance addon serta page Kodi Malaysia.

Build premium ini akan sentiasa di update dan boleh digunakan dengan version yang terbaru untuk Kodi 18.9 Leia dan Kodi 17.6 Krypton. Sedikit info mengenai build ini :
- Supported Kodi Version : Kodi 19 Matrix, Kodi 18.9 Leia, Kodi 17.6 Krypton
- Size: 300 MB+ (compress)
- Recommended Device : Windows , Mac OS, Android Device (ram>2GB).
- Auto maintenance addon
- Preattach Youtube Api Code / Trakt
- Komik Melaya Addon
- Androidrepublica Special Edition Addon (Full Access)
- Preinstalled top addon dari serata dunia.
Terdapat 3 variasi build boleh didapati di dalam wizard ini yang menggunakan skin based daripada estuary (default skin), aeon nox, dan juga artic horizon.
Estuary merupakan skin basic kodi dimana tiada sebarang background skin dan customise shortcut. Plain dan simple. Sesuai untuk user yang sudah biasa dengan skin default kodi.

Aeon Nox merupakan antara skin paling digemari pengguna build. Background yang cantik dan juga customize shortcut untuk memudahkan penggunaan. Recommended sekiranya anda inginkan kelainan.

Artic Horizon merupakan skin terbaru, minimalist netflix like yang mempunyai interface yang agak menarik dan mudah digunakan. Membolehkan anda untuk melihat movie terbaru dengan detail info tanpa perlu untuk masuk kedalam addon.

Anda boleh memilih mana-mana skin kegemaran anda dengan hanya menggunakan wizard yang sama. Kesemua build telah dimasukkan dengan addon dengan script support yang up-to-date dan membolehkan addon dan movie di play secara lancar.

Selain daripada itu kami telah juga memasukkan api trakt dan api youtube untuk mengelakkan masalah youtube limit daily exceed.
Addon-addon yang dimasukkan di dalam build ini membolehkan anda untuk menonton pelbagai genre movie dari serata dunia. Access kepada sport stream juga adalah amat mudah dan berkualiti.
Selain itu, apa yang istimewa di dalam premium build dan tidak terdapat dimana-mana tempat adalah addon Komik Melaya. Ia membolehkan anda untuk mendownload serta membaca komik manhua dari hong kong secara percuma dan mudah.
Sekiranya anda menggunakan box yang mempunya high specification, anda boleh mencuba gaming retroarch di build. Terdapat beribu-ribu game retro boleh dimainkan secara percuma. Hanya perlu setup gamepad dan boleh terus mencuba.

Selain daripada itu anda boleh menggunakan premium build wizard untuk melakukan auto maintenance, show error log dan yang terbaru adalah untuk install apk serta addon terbaru di kodi.

Sekiranya ada ingin memasukkan addon terbaru serta terbaik yang boleh didapati buat masa ini, hanya pilih dari menu addon installer. Klik installed dan addon akan terus dimasukkan kedalam system anda. senang bukan?

Pembelian build akan membolehkan anda untuk mendapat addon androidrepublicaSE secara percuma. Addon terbaik di malaysia dan di asian. Bermacam-macam movie dan genre boleh didapati. Sila klik di shop kami untuk mendapatkan dengan segera.

Bagaimana cara untuk install Premium Build AR
Anda boleh mendapatkan addon ini dengan hanya sekali pembayaran untuk menikmati segala content didalam build ini secara percuma. File zip build / URL Source hanya akan diberi selepas proses pembayaran selesai.
Langkah 1: Anda boleh mendapatkan addon ini menggunakan url source yang diberi selepas pembelian. Selain daripada itu anda juga boleh mendownload premium build addon secara terus menggunakan zip file link.
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.

Langkah 5: Pilih “Install From Zip”.

Langkah 6: Pergi ke lokasi di mana file di download atau url source, klik dan install “plugin.program.androidrepublicapremium-2.0.zip“.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons installed”.

Langkah 8: Selepas itu akan keluar auto text daripada build wizard. Hanya perlu klik Remind Me Later. Sekiranya tidak keluar, pergi ke program addon dan buka secara manual.

Langkah 9: Selepas itu pilih setting auto maintenance seperti dibawah (Optional – boleh unclick jika tidak mahu) dan klik continue.

Langkah 10: Kemudian klik Build Menu untuk langkah seterusnya.

Langkah 11: Ruangan pemilihan build. Pastikan anda memilih build berdasarkan Kodi version yang digunakan. Sila pilih skin yang ingin digunakan.

Langkah 12: Setelah memilih build anda, klik pada Fresh Install. Digalakkan menggunakan fresh install untuk mengelakkan system anda dipenuhi dengan duplicate addon.

Langkah 13: Wizard akan delete data-data lama anda untuk memasukkan file baru. Klik continue.

Langkah 14: Androidrepublica Wizard akan mula mendownload file ke system anda. Pastikan connection anda stabil. Sekiranya error, sila cuba semula.

Langkah 15: Androidrepublica Wizard akan install dan update system anda. Proses mungkin memakan sedikit masa bergantung pada spesifikasi system anda.

Langkah 16: Selesai. Addon akan Force Close dan anda perlu masuk semula ke Kodi untuk menggunakan Kodi IPTV Malaysia Premium Build.

Langkah 17: Biarkan Kodi idle untuk beberapa minit, akan ada beberapa auto update akan berlaku di background. Skin yang dipilih adalah berdasarkan kepada step 11.
Langkah 18: Klik addon androidrepublicaSE ataupun sub menu malaysia. Add on akan request pin code untuk 1st time initialization.

Langkah 19: Hantar id code ini kepada kami. Selepas mendapat pin, hanya tekan ‘OK‘ dan masukkan pin untuk unlock addon ini.

Sekiranya anda mempunyai error semasa proses installation, sila check log error menggunakan addon premium build dan rujuk masalah anda dengan admin.

Sekiranya anda ingin menggunakan url source file, hanya perlu masukkan url di file manager kodi.
Langkah A: Pergi ke Home Screen dan tekan Setting

Langkah B: Pilih File Manager.

Langkah C: Tekan Add Source.

Langkah D: Dan masukkan source url dan nama dan tekan ok (sila masukkan url source yang diberi oleh admin selepas pembelian). Kini source url sudah disimpan didalam system anda.


One response
Kalau dah terpilih skin basic, lepastu nak tukar skin lain boleh ke? :'(
Nak tukar skin aeon nox tapi takut kene req pin baru pulak