Fork Kodi daripada team androidrepublica, ARMC membolehkan anda untuk menggunakan lebih dari dua kodi version di device anda. ARMC ini mengandungi premium build untuk memudahkan user untuk setup dan gunakan kodi dengan mudah.

ARMC mengandungi Premium build daripada website kami khas untuk pembeli android box dan juga donator yang memberi sumbangan untuk maintenance addon serta page Kodi Malaysia.

Terdapat dua variasi iaitu ARMC 18 (Kodi 18 based) dan ARMC 17 (Kodi 17 based) untuk pengguna android 5+. Build premium ini akan sentiasa di update dan boleh digunakan dengan version yang terbaru untuk Kodi 18.9 Leia dan Kodi 17.6 Krypton. Sedikit info mengenai build ini :

  • Kodi Version : Kodi 18 Leia, Kodi 17.6 Krypton, 
  • Size: 300 MB+
  • Recommended Device : Windows , Mac OS, Android Device (ram>2GB).
  • Auto maintenance addon
  • Preattach alluc / Youtube Api Key
  • Komik Melaya Addon
  • Androidrepublica Special Edition Addon (Full Access) 

Terdapat 3 variasi build boleh didapati di dalam wizard ini yang menggunakan skin based daripada estuary (default skin), aeon nox, dan juga artic horizon.

Estuary merupakan skin basic kodi dimana tiada sebarang background skin dan customise shortcut. Plain dan simple. Sesuai untuk user yang sudah biasa dengan skin default kodi.

Estuary Skin

Aeon Nox merupakan antara skin paling digemari pengguna build. Background yang cantik dan juga customize shortcut untuk memudahkan penggunaan. Recommended sekiranya anda inginkan kelainan.

Aeon Nox Skin

Artic Horizon merupakan skin terbaru, minimalist netflix like yang mempunyai interface yang agak menarik dan mudah digunakan. Membolehkan anda untuk melihat movie terbaru dengan detail info tanpa perlu untuk masuk kedalam addon.

Artic Horizon Skin

Anda boleh memilih mana-mana skin kegemaran anda dengan hanya menggunakan wizard yang sama. Kesemua build telah dimasukkan dengan addon dengan script support yang up-to-date dan membolehkan addon dan movie di play secara lancar.

Selain daripada itu kami telah juga memasukkan api trakt dan api youtube untuk mengelakkan masalah youtube limit daily exceed.

Addon-addon yang dimasukkan di dalam build ini membolehkan anda untuk menonton pelbagai genre movie dari serata dunia. Access kepada sport stream juga adalah amat mudah dan berkualiti.

Selain itu, apa yang istimewa di dalam premium build dan tidak terdapat dimana-mana tempat adalah addon Komik Melaya. Ia membolehkan anda untuk mendownload serta membaca komik manhua dari hong kong secara percuma dan mudah.

Sekiranya anda menggunakan box yang mempunya high specification, anda boleh mencuba gaming retroarch di build. Terdapat beribu-ribu game retro boleh dimainkan secara percuma. Hanya perlu setup gamepad dan boleh terus mencuba.

Selain daripada itu anda boleh menggunakan premium build wizard untuk melakukan auto maintenance, show error log dan yang terbaru adalah untuk install apk serta addon terbaru di kodi.

Sekiranya ada ingin memasukkan addon terbaru serta terbaik yang boleh didapati buat masa ini, hanya pilih dari menu addon installer. Klik installed dan addon akan terus dimasukkan kedalam system anda. senang bukan?

Pembelian build akan membolehkan anda untuk mendapat addon androidrepublicaSE secara percuma. Addon terbaik di malaysia dan di asian. Bermacam-macam movie dan genre boleh didapati. Sila klik di shop kami untuk mendapatkan dengan segera.

Bagaimana untuk menginstall ARMC di device anda.

Anda boleh mendapatkan ARMC dengan hanya sekali pembayaran untuk menikmati segala content didalam build ini secara percuma. File apk ARMC hanya akan diberi selepas proses pembayaran selesai.

Langkah 1: Sila download apk file ARMC ke dalam device yang anda ingin gunakan. Pastikan file yang di download adalah dalam format .apk.

Langkah 2: Sila install aplikasi ARMC (Pastikan anda enable unknown source di bahagian security – setting).

Langkah 3: Selepas itu hanya buka aplikasi dan anda akan berada di menu utama.

Langkah 4: Selepas itu akan ada auto installer Kodi IPTV Malaysia. Tekan Dismiss atau Remind Me later. Sekiranya tidak keluar, pergi ke program addon dan buka secara manual.

Langkah 5: Selepas itu pilih setting auto maintenance seperti dibawah (Optional – boleh unclick jika tidak mahu) dan klik continue.

Langkah 6: Kemudian klik Build Menu untuk langkah seterusnya.

Langkah 7: Ruangan pemilihan build. Pastikan anda memilih build berdasarkan Kodi version dan skin yang ingin digunakan. 

Langkah 8: Setelah memilih build anda, klik pada Fresh Install. Digalakkan  menggunakan fresh install untuk mengelakkan system anda dipenuhi dengan duplicate addon.

Langkah 9: Wizard akan restore / delete data-data lama anda untuk memasukkan file baru. Klik continue.

Langkah 10: Androidrepublica Wizard akan mula mendownload file ke system anda. Pastikan connection anda stabil dan mempunyai space mencukupi. Sekiranya error, sila cuba semula.

Langkah 11: Wizard akan install dan update system anda. Proses mungkin memakan sedikit masa bergantung pada spesifikasi system anda.

Langkah 12: Selesai. Hanya perlu Force Close dan masuk semula ke Kodi untuk menggunakan ARMC.

Langkah 13: Biarkan ARMC idle untuk beberapa minit, akan ada beberapa auto update akan berlaku di backgroundSkin yang dipilih adalah berdasarkan kepada langkah 7.

Langkah 14: Klik addon androidrepublicaSE ataupun sub menu malaysia. Add on akan request pin code untuk 1st time initialization.

Langkah 15: Hantar id code ini kepada kami. Selepas mendapat pin, hanya tekan ‘OK‘ dan masukkan pin untuk unlock addon ini.

Sekiranya anda mempunyai error semasa proses installation, sila check log error menggunakan addon premium build dan rujuk masalah anda dengan admin.

Sekiranya mempunyai masalah atau anda ingat resinstall build, hanya follow seperti langkah dibawah

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!

Cara Install ARMC Video Tutorial.

Categories:

One response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *